Latar Belakang Idris Ahmad

Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Dato' Seri Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Isteri beliau bernama Kamariah Mat Ali

Idris melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978- 1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980-1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1984-1988 dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM[4]